Cleaner Greener Penang

What is the Objective

Untuk Meningkatkan Kualiti Hidup Dan Mewujudkan Kehijauan Ruang Awam. Tujuan utama "Cleaner Greener Penang" adalah untuk meningkat kualiti ruang awam dan mewujudkan komuniti yang mapan dan inklusif. Bagi mencapai persekitaran hidup yang lebih baik dan menggalakkan kehidupan lebih sihat melalui pendekatan yang mapan.


Untuk Meningkatkan Kesedaran. Bertujuan untuk mendorong semangat kesukarelaan, kepimpinan yang komited, perkongsian yang erat, penglibatan aktif masyarakat, berkeinginan untuk kualiti dan innovasi serta berkomunikasi dan berkongsi idea untuk mencapai objektif "Cleaner Greener Penang.


Untuk Merangka Dasar & Penambahbaikan. Inisiatif "Cleaner Greener Penang" mampu membantu agensi kerajaan dan jabatan-jabatan untuk menyediakan penyelesaian yang lebih kreatif untuk memenuhi keperluan dan kebimbangan masyarakat. Perkara ini boleh dicapai melalui model perkongisan awam dan swasta bagi manfaatkan penyelesaian efektif dalam pembersihan dan penghijauan ruangan bandar untuk mencapai objektif Pulau Pinang bersih dan hijau.


Untuk Mendapatkan Asas Yang Tepat. Adalah sangat penting untuk memiliki dasar yang berkesan agar Kerajaaan Negeri dan jabatan-jabatan kerajaan dapat merekabentuk proses untuk menyelesaikan isu kebersihan di Pulau Pinang. Setiap Pihak Berkuasa Tempatan perlu menetapkan bidang keberhasilan utama untuk meningkatkan kesedaran bagi menyediakan persekitaran hidup yang lebih baik kepada setiap lapisan masyarakat dan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan kepada rakyat.


Struktur Organisasi