Cleaner Greener Penang

Kaedah Pendekatan

Mewujudkan persekitaran bersih dan hijau.

a) Operasi Pihak Berkuasa Tempatan

Pihak Berkuasa Tempatan iaitu MPPP dan MPSP perlu menyediakan penyelesaian holistik untuk menangani isu yang berkaitan dengan kebersihan dan meningkatkan penyampaian dasar dan operasi kebersihan. Antara operasi semasa adalah seperti Ops Sinar, Ops Picker, Ops Combi yang berjalan secara mingguan dan dwi-mingguan. Pihak Berkuasa Tempatan dan kontraktor yang dilantik perlu meningkatkan operasi mereka selama setahun selaras dengan Inisiatif "Cleaner Greener Penang". Pihak Berkuasa Tempatan perlu memberi maklum balas dengan kadar segera dan efektif untuk mencapai persekitaran yang bersih dan sihat ini.


Antara Operasi-operasi yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti berikut :-

  • Ops Sinar – dilaksanakan bersama dengan kontraktor Sisa Pepejal.
  • Ops Combi
  • Ops “ Pickers”
  • Pasukan Penguatkuasaan
  • Penggredan kontraktor-kontraktor longkang dan jalan raya
  • Menilai kelemahan system pemantauan dan tindakan untuk memperbaiki kontrak baru.
  • Mengenakan denda sekiranya melanggar terma kontrak.

b) Membersihkan laluan air, sungai dan laut.

c) Mempromosikan kelebihan menggunakan mikroorganisma asli seperti “garbage enzyme”

d) Menghijaukan Alam Sekitar

Inisiatif "Cleaner, Greener Penang" adalah termasuk menghijaukan dan mewujudkan kawasan hijau di taman ataupun kebun. Bersama-sama dengan NGOs, Sektor swasta dan CBOs, kita akan dapat mempromosikan kehijauan yang mapan di Pulau Pinang.

  • Kerja-kerja Lanskap
  • Penanaman Pokok
  • Penanaman Pokok Bakau

Pencapaian Sisa Pembuangan yang Minima Melalui 3R

Mengurangkan dan meminimakan penghasilan bahan buangan akan memberi kesan yang besar kepada kehidupan kita.Sisa domestic dan komersial merupakan penyumbang utama kepada isipadu sisa buangan. Inisiatif "Cleaner, Greener Penang" termasuk meminimakan bahan buangan melalui kaedah 3R (Recycle, Reduce, Reuse). Adalah lebih baik untuk memberhentikan menjana bahan buangan ini daripada memilih untuk merawatnya dimasa depan. Penyelesaian ini termasuk usaha untuk menaik taraf pasar basah, menyediakan keadaan yang lebih baik untuk gerai-gerai dan pusat penjaja dan mencapai taraf kesihatan yang membanggakan dan boleh diukur.

a) Pasar dan Gerai Penjaja

  • Melarang penggunaan bahan polystyrene dalam pembungkusan makanan.
  • Mengurangkan penggunaan beg plastic
  • Menguatkuasaan penggunaan penapis minyak yang lebih berkesan dan berfungsi.
  • Kitar semula sisa organik contoh kompos
  • Mempromosikan 3Rs

Transformasi pemikiran ke arah kebertanggungjawaban masyarakat.

Inisiatif yang berjaya mesti people centric dan menggalakkan penglibatan masyarakat. Inisiatif "Cleaner Greener Penang" memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Kerajaan Negeri hanya boleh memberi kepimpinan tetapi perubahan itu perlu datang dari masyarakat. Kerjasama ini akan membantu ke arah kehidupan mapan serta meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat disamping menggalakkan perubahan dalam tingkahlaku, sikap, budaya dan gaya hidup.

a) Mempromosikan kesedaran masyarakat dan kempen pendidikan

b) Aktiviti :

  • Publications – 3R at home, in the workplace etc.
  • Menyampaikan penghargaan kepada kejiranan yang hijau, peniaga komersial, industri dan institusi dan lain-lain.
  • Flyers
  • Dokumentasi : laporan, video dan risalah.

Menguasakan dan membina struktur masyarakat untuk kehidupan mapan.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggalakkan NGO-NGO, sektor swasta dan individu-individu setempat (RT, JKKK,RA) untuk bersama-sama menerima inisiatif ini serta bertanggungjawab dalam pembinaan masyarakat. Masyarakat boleh menerima dan melaksanakan amalan terbaik untuk kehidupan mapan. Inisiatif "Cleaner Greener Penang" perlulah menjadi penggalak bagi menguasakan masyarakat dan sama-sama untuk memperbaiki ruang awam di Bandar.

a) Membina masyarakat setempat melalui kerjasama dengan organisasi berasaskan komuniti, NGOs, Individu-individu tertetntu untuk mengenalpasti, menganalisis dan menghasilkan penyelesaian tempatan yang kreatif.

  • Latihan
  • Seminar
  • Bengkel

b) Menyediakan alternatif-alternatif pengangkutan yang mapan

  • Laluan basikal
  • Memperbaiki sistem pengangkutan awam
  • Perkongsian kereta

c) Konservasi Tenaga

  • Pembaharuan tenaga spt: Tenaga Solar

d) Penjimatan air dan konservasi

  • Menuai air hujan
  • Penjimatan air dan penggunaan semula